Daulat Tuanku

Sayangilah Raja kita.

Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us
Thursday, May 20, 2010

Kedudukan Raja....di Malaysia

Posted by Haslizahar

Perkara 38(6) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Majlis Raja-Raja membincangkan perkara-perkara dan boleh bertindak mengikut budi bicara seperti berikut:

  1. Memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong daripada jawatannya atau memilih atau memecat Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
  2. Memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan.
  3. Memperkenan atau menolak apa-apa undang-undang yang boleh mengubah keistimewaan, kedudukan, kehormatan atau kebesaran raja-raja.
  4. Bersetuju atau tidak bersetuju apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama diperluaskan Persekutuan secara menyeluruh.
  5. Melantik anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (10) Perkara 182
  6. Memberi ampun, peremitan, pengantungan atau peringanan hukuman di bawah Fasal (12) Perkara 42.
Semua raja dan Yang di-Pertua Negeri secara automatik menjadi ahli Majlis Raja-Raja. Walaubagaimanapun, Yang di Pertua Negeri tidak boleh menjadi ahli Majlis Raja-Raja untuk tujuan mesyuarat berhubung dengan pemilihan Yang Di Pertuan Agong dan Timbalan Yang Di-Pertuan Agong, melucut jawatan Yang diPertuan Agong dan membincangkan mengenai keistimewaanraja-raja. Selain itu juga, Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong bukanlah Ahli Majlis Raja-Raja. Baginda bertindak sebagai Ketua Negara Malaysia.

0 comments:

Post a Comment